Akademi Latihan Kebersihan dan Keselamatan (ALKEM) memulakan operasinya pada April 2006 setelah satu memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan Universiti Kebangsaan ditandatangani pada 02 Mac 2006.
 
 

ALKEM ditubuhkan  untuk melatih tenaga pengajar dalam bidang kebersihan dan keselamatan makanan.  ALKEM juga bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan berkaitan dengan latihan atau kursus Asas Kebersihan Makanan (AKM) yang akan diberikan kepada semua pengendali makanan.

ALKEM turut diberi kepercayaan oleh Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan salah satu fungsi BKKM iaitu dalam bidang latihan kebersihan dan keselamatan.

 

 

Visi
Menjadi sebuah akademi latihan kebersihan dan keselamatan yang diiktiraf.

Misi
Merancang, menyelaras dan melaksana program latihan kebersihan dan keselamatan makanan kebangsaan.

  Kemaskini: 30/03/09

Utama Perkhidmatan SLPM-OnLine Pengurusan Komen Panduan Hubungi Kami